Shared ideas.

(Average rating 5.0 based on 5 rating)

Saya mencadangkan agar pelajar-pelajar antarabangsa diberi peluang mengatasi masalah bahasa mereka ketika menjawab peperiksaan dengan diberikan penggunaan kamus yg disediakan oleh pihak PPA (tidak boleh di bawa masuk oleh pelajar sendiri utk mengelakkan peniruan). Pelajar boleh memohon jika mereka ingin menggunakan kamus ketika menjawab peperiksaan. Ini boleh membantu mereka memahami soalan peperiksaan dengan lebih mendalam, daripada tidak dapat menjawab dengan baik hanya kerana tidak mahir berbahasa Malaysia (Jika soalan dalam bahasa Malaysia) atau Inggeris. Sekian.
Academics

01 Aug 2017

(Average rating 0 based on 0 rating)

Diharap pihak Universiti melihat keperluan untuk menyediakan fasiliti inkubator bagi bakal-bakal syarikat yang ingin memasarkan hasil research/inovasi ke peringkat komersil. Pusat ini akan terbuka kepada bekas-bekas pelajar dan juga staf universiti yang memiliki idea/produk yang boleh dipasarkan. Bimbingan dan coaching dapat diuruskan dengan lebih berkesan di pusat ini. Terdapat banyak kesan positif dari pelbagai aspek antaranya dapat menyumbang kepada pendapatan universiti, dapat meningkatkan GE melalui peluang pekerjaan, dapat melatih pelajar semasa melalui skim bekerja sambil belajar dan pensyarah dapat mengaplikasi teori dalam dunia sebenar disamping meningkatkan kefahaman dan pengembangan ilmu.
Commercialization

(Average rating 5.0 based on 3 rating)

Adalah dicadangkan agar Institut ini memberi penekanan kepada penyelidikan berkaitan pemahaman tauhid yang lebih mendalam dan tidak menjadi sekadar benteng pertahanan terhadap aliran pemikiran Asyairah dan Maturidi semata-mata. Dicadangkan agar ianya lebih terbuka untuk perbincangan dan pebdekatan bersifat ilmiah terhadap mana-mana mazhab akidah yang wujud. Jika kita mampu mengadakan dialog antara agama sebagaimana yg telah dipelopori oleh pihak TV Al Hijrah, mengapa tidak IASWJ yang merupakan sebuah entiti yang julung² kali wujud di negara ini bertindak selaku pihak yang neutral dan terbuka. Adalah sangat baik jika wujud cluster² penyelidikan berkaitan aliran pemikiran muktazilah - contohnya perkembangan dan juga evolusi pemikiran tersebut dari asal wujud hingga ke hari ini yang sebenarnya wujud dalam bentuk atau jenama lain tetapi mempunyai dasar pemikiran yang sama, iaitu mengutamakan aqal daripada dalil.
General

(Average rating 5.0 based on 16 rating)

1. Elakkan seboleh mungkin jadual kelas yang berlangsung pada waktu zuhor dan maghrib. 2. Apabila tiba waktu solat zuhor, asar dan maghrib, semua bas yang beroperasi dalam kampus akan berhenti dan parkir dalam kawasan masjid. Pelajar muslim serta pemandu bas diminta utk menunaikan solat di masjid. Pelajar bukan muslim diminta tunggu dalam bas atau di perkarangan masjid sementara solat selesai. 3. Adakan jadual bas yang beroperasi pada waktu zuhor, asar dan maghrib yang membawa pelajar dari kolej kediaman ke masjid. Selesai solat sambung perjalanan ke kelas atau destinasi lain.
General

01 Aug 2017

(Average rating 5.0 based on 5 rating)

1. potential students do not know where to look for and identify a potential supervisor or topic 2. A platform to utter/list/present researchers' research and attract potential/excellent students. 3. student choose supervisor; supervisor also could choose student
Research

01 Aug 2017

(Average rating 5.0 based on 6 rating)

1 . platform to submit ideas and design for further development 2. Students or staffs could upload their partially proven ideas or design 3. Asking for further funding if university commercial unit is interested or individual investors or company who is looking for innovation products 4. Legal documentation on ownership, profit-sharing, etc. 5. Some websites do offer a platform for innovation and commercialization. 6. a channel for techno-entrepreneurship.
Commercialization

01 Aug 2017

(Average rating 5.0 based on 3 rating)

Bagi meningkatkan kelajuan internet di dalam universiti tanpa perlu menambahkan kos yang banyak, saya rasa setiap staf dan pelajar perlu diberi kuota bulanan untuk capaian ke internet berdasarkan keperluan kerja masing-masing. Staf akademik perlu diberikan kuota yang lebih kerana mereka perlu download banyak perkara untuk keperluan P&P, penyelidikan, perundingan dan sebagainya. Begitulah sebaliknya. Berdasarkan pemerhatian, banyak juga capaian ke internet dilakukan untuk menonton drama-drama semasa waktu bekerja. Ini bukan sahaja merugikan sumber yang ada, malah menganggu proses P&P terutamanya yang memerlukan capaian internet yang laju. Jika diberikan kuota, ini akan mendisiplinkan pengguna supaya digunakan untuk perkara yang berfaedah dan menyumbang kepada melicinkan proses organisasi. Sistem ini digunakan di RMIT University, Melbourne.
Facilities and services

31 Jul 2017

(Average rating 5.0 based on 1 rating)

I suggest that ORICC gives a talk on SOP for any application. For example, the procedure to use grant money for conference and inventory and other application that need to be submitted. Besides, we (as students) confused about the form used to submit a report and also conference application form. ORICC also need to have a constant procedure without changing the procedure suddenly. Thank you.
Research

31 Jul 2017

(Average rating 5.0 based on 3 rating)

Bagi mengelakkan pembaziran tenaga, saya mencadangkan diadakan kempen yg efektif bagi kesedaran utk mematikan suis lampu/aircond apabila penghuni tiada di bilik.
Human Resources

31 Jul 2017

(Average rating 4.8 based on 4 rating)

Tahniah RMC atas kewujudan portal yg sangat baik ini. Saya cadangkan agar portal ini disediakan ciri muatnaik/lampirkan gambar. Jadi ada pilihan utk melampirkan gambar bagi menjelaskan idea dengan lebih baik. Terima kasih.
General

31 Jul 2017

(Average rating 0 based on 0 rating)

Fokus Kajian Multisiplin yang mampu di sertai seberapa ramai penyelidik UTHM. Contohnya; Kajian Multidisiplin Bencana GPS, alat mudah alih keselamatan, alat pengukuran, bateri, keenderaan pelbagai guna. system khemah automatic, system khemah solar sell, kajian kesediaan pegawai penyelamat dari segi kebolehan dan kecekapan, dsbgnya. Satu focus kajian namun disertai pelbagai bidang, dari social sains hinggalah kejuruteraan.
Research

31 Jul 2017

(Average rating 4.5 based on 15 rating)

In this country, where students want to do a PhD and they do not have financial support from home and do not have permission to do work where he is conducting his study. So its necessary (according to myself) that the university will support this type of students as far as its studies. I know from my country there are 5 to 10 students want to come to Malaysia (specially in UTHM) for the study of the doctor degree, but all have the financial problem. In this way, when international students cannot come to UTHM then research will go less like comparing to other Malaysian university. The UTHM will reduce its value in the world ranking. The idea on my side is, UTHM should support all international students financially or give permission to part time job to extend the ranking of UTHM. Thank you
Student life

(Average rating 5.0 based on 9 rating)

Di dalam kampus parit raja pada hari ini, banyak terdapat i. Kawasan lapang ii. Pokok hiasan iii. Mangga masam iv. Kelapa Saya cadangkan setiap fakulti /PTJ menanam pokok buah buahan" terpilih" yang dirasakan memberi manfaat kepada staff dan pelajar. Contoh i. Kelapa matak\ ii. Ciku mega iii. Pokok Zaitun iv. Pokok Tin Setiap tahun UTHM boleh mengadakan aktiviti Jualan Buah-buahan atau festival buah tempatan.
Human Resources

(Average rating 5.0 based on 4 rating)

Assalamualaikum. Saya ingin mencadangkan supaya replika kapal terbang di hadapan DTMI supaya dibersihkan supaya nampak lebih bersih dan kemas kerana ia dapat dilihat oleh pengguna jalanraya dan penduduk tempatan diluar universiti. Dalam keadaannya kurang bersih, ia memberi imej yang kurang menarik kepada universiti. Ia juga sering menjadi lokasi para graduan dan ibu bapa bergambar kenangan ketika musim konvokesyen. Maka adalah diharapkan replika ini dapat dibersihkan sebelum sesi konvo thn ini. Dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun ini, replika ini semakin hari semakin comot. Sekian, terima kasih.
General

31 Jul 2017

(Average rating 5.0 based on 2 rating)

To enhance the skills of research and to take the university among highly ranked academia, university should allow the students to do a good impact factor research and support him financially. This thing will encourage all the research students to do better no matter if student he is not under any grant but if for well standard publications university supports him he can do much better towards the welfare of this home. Also research office must check the standard of journal before granting, if it is up to the mark or not.
Research

(Average rating 5.0 based on 4 rating)

Selaku warga UTHM, kita bersyukur kerana pihak pengurusan telah berjaya menetapkan paradigma tauhid sebagai asas kepada pembentukan misi universiti dimana ianya tidak pernah termaktub dalam mana-mana misi Universiti Awam di negara ini. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pihak pengurusan memberikan kefahaman yang mendalam terhadap frasa "...berasaskan paradigma tauhid" yang termaktub di dalam misi universiti agar warga universiti dari semua peringkat dapat memahami dan seterusnya menghayati konsep tersebut dengan sebaiknya. Dicadangkan agar pihak pengurusan memperhebatkan serta memperbanyakkan lagi program² yang boleh memberikan kefahaman yang mendalam terhadap konsep ini. Ini adalah kerana pada pandangan saya, warga UTHM, baik pelajar mahupun staf masih kurang memahami konsep dan pengertian sebenar frasa yang sebenarnya mengandungi tafsiran yang amat besar dan bernilai itu.
General

(Average rating 5.0 based on 9 rating)

Saya ingin mencadangkan agar staf universiti yang telah berjaya berkhidmat selama 20 tahun di universiti mendapat anugerah untuk mengerjakan fardhu haji. Ini adalah kerana terdapat kuota khas yang diberikan kepada baginda sultan Johor berkaitan haji dan oleh itu mengambil sempenan baginda selaku canselor UTHM, maka pada pandangan saya adalah satu peluang keemasan bagi warga UTHM untuk mendapat dan menggunakan kelebihan yang anda dengan mendapatkan pembiayaan mengerjakan fardhu haji. Dengan wujudnya anugerah seumpama ini, saya yakin dan percaya bahawa warga UTHM akan semakin bersemangat untuk bekerja. Wallahu a'lam.
Facilities and services

(Average rating 4.9 based on 13 rating)

I think we have to start label each building at UTHM. For that we can fully optimize technology availabe in Google Map. From my observation, only a few buildings have been labelled in google map and I believe this is an individual effort of the respective building occupant. There are many benefit that we can leverage through using google map application, one of course it save money since we don't need to build specific application for that. Since google map has been used widely by many - it helps new students or visitors to get to specific location in UTHM without any difficulties. They can even have a look at buildings in UTHM prior to their arrival through google street application. I do not know which department should be given responsibility to do this but it is important for this to done before the registration of new student. Thank you.
Human Resources

(Average rating 5.0 based on 12 rating)

Dicadangkan supaya surat panggilan mesyuarat, taklimat, dan lain - lain diganti dengan hanya menggunakan email sahaja. Ini kerana banyak surat yang dikeluarkan setiap hari dan saya lihat ianya membazir kertas.
Human Resources

(Average rating 4.1 based on 19 rating)

1. Universiti membaikpulih tapak bekas kompleks pertanian yang sudah ada prasarana asas seperti rumah dan bangunan sediaada. Menjadi kawasan rumah inap universiti. 2. Satu pembaziran pada duit rakkyat yg nyata kiranya kawasan itu dirobohkan dan hanya dijadikan tempat letak kereta. 3. Boleh menjada pendapatan pada universiti. Kawasan itu juga boleh dibangunkan sebagai kawasan mini rnr dan boleh menarik ramai olrang lebih mendekati universiti. 4.kawasan itu juga boleh dijadikan pusat haemodialisis yg secara labgsung menjana pendapatan dan memberi manafaat secara langsung pada penduduk sekitar. Universiti boleh melabur rm 1 juta utk bagunkan sebagai pusat ekonomi atau melabur pada kadar yg sama hanya utk dijadikan tempat letak kereta sahaja.. pilihan ditangan kita. Jangan dibazirkan utk sesuatu perkara yg tidak nembantu UTHM untuk menjana pendapatan jangka panjang
Facilities and services

About

House of Ideas is a platform established by the Research Management Centre (RMC) of UTHM, for sharing ideas about living and working on campus sustainably. Get involved!

Developed by Pusat Teknologi Maklumat.

Social Links

Contact

Research Management Centre
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email: