Shared ideas.

26 Jul 2017

(Average rating 4.7 based on 21 rating)

APA? 1. Hukuman semasa salah laku akademik pelajar (misalnya meniru dalam peperiksaan, ujian) mesti dikaji semula MENGAPA? 1. Kerana, hukuman semasa yang lazim dikenakan misalnya (amaran, denda RM100, kursus berkaitan diberikan markah sifar (0)) tidak digeruni oleh pelajar. 2. Ini boleh dilihat dengan sikap pelajar yang meniru terus berlaku dan ini memberikan gambaran negatif terhadap integriti para pelajar BAGAIMANA? 1. Hukuman denda RM100 nilainya dinaikkan kepada nilai lain yang lebih tinggi 2. Hukuman ditambahbaik dengan misalnya, jika dalam semester semasa meniru satu (1) kursus, maka kursus tersebut diberikan markah sifar (0) dan kursus lain pada semester yang sama juga diberikan markah sifar (0). Ini telah pun diamalkan di Politeknik
Academics

26 Jul 2017

(Average rating 4.4 based on 9 rating)

APA? Ruangan/zon/bilik dengan kemudahan perabot yang moden, tahap WiFi yang cemerlang, lengkap dengan ruangan perbincangan perlu diwujudkan MENGAPA? Pada masa kini tiada ruangan/zon/bilik seperti ini dan hanya ada ruang santai pelbagai di setiap PTj. Melihat contohnya The Cube di Universiti Malaya (UM) dan CLEAR di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjelaskan bahawa UTHM juga mesti melaburkan sedikit kewangan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelajar BAGAIMANA? Memperuntukkan sejumlah sumber bagi mewujudkan ruangan/zon/bilik yang lengkap dengan kemudahan santai, minuman, perbincangan bersama kemudahan perabot yang moden, tahap WiFi yang cemerlang, lengkap dengan ruangan perbincangan)
Student life

26 Jul 2017

(Average rating 4.8 based on 14 rating)

APA? 1. Mewujudkan Majlis Anugerah Penghargaan Staf yang komprehensif secara bersama bagi teras akademik, penyelidikan dan hal ehwal pelajar & alumni MENGAPA? 1. Pada masa kini, majlis yang ada lebih tertumpu kepada Anugerah berkaitan penyelidikan, inovasi dan penerbitan sahaja. 2. Teras Akademik dan Hal Ehwal Pelajar misalnya tidak mempunyai Anugerah berkaitan dalam usaha menghargai sumbangan staf dalam membentuk ekosistem kecemerlangan Universiti BAGAIMANA? 1. Menambahbaik Majlis Anugerah Perkhidmatan setiap tahun dengan mempelbagaikan teras anugerah 2. Anugerah Citra Karisma di UTM adalah contoh model pelaksanaan yang menyeluruh dan dilihat selari dengan pelbagai anugerah lain di peringkat nasional misalnya Anugerah Akademik Negara (AAN), Anugerah Kualiti Perdana Menteri dll.
General

26 Jul 2017

(Average rating 4.2 based on 13 rating)

APA? Mewujudkan zon bebas kenderaan bermotor di kawasan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dalam usaha meningkatkan kelestarian kampus MENGAPA? 1. Meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya sumbangan setiap individu dalam mewujudkan kampus karbon rendah 2. Menjadikan PTTA kawasan zon yang tenang dan bebas daripada asap kenderaan 3. Mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga UTHM menerusi aktiviti mudah seperti lebih banyak berjalan kaki BAGAIMANA? 1. Mengisytiharkan hari-hari tertentu (secara berperingkat) bahawa kawasan di PTTA adalah larangan bagi kenderaan bermotor
Human Resources

26 Jul 2017

(Average rating 4.1 based on 7 rating)

Apa? 1. Mewujudkan sistem penilaian selepas menggunakan perkhidmatan pemandu kenderaan di UTHM Mengapa? 1. Pada masa kini tiada penilaian langsung dapat dibuat tanpa "gangguan" daripada pemandu. Lazimnya, selesai mendapat perkhidmatan, pemandu meminta kita menurunkan tanda tangan di borang penggunaan sahaja. Bagaimana? 1. Dengan sistem tempahan kenderaan atas talian, selepas menggunakan perkhidmatan sistem juga boleh dilengkapkan dengan kemudahan bagi membolehkan penilaian terhadap kualiti perkhimdtan yang diperolehi dibuat. 2. Kaedah ini seperti yang digunakan selepas kita menggunakan perkhidmatan Grab/Uber, misalnya dengan memberikan bintang kepada beberapa aspek pengukuran. 3. Ini dapat membantu setiap pemandu diukur prestasi dan penghargaan diberi kepada pemandu dengan penilaian positif yang tinggi, dan latihan berterusan diberikan kepada pemandu dengan pencapaian prestasi yang kurang memuaskan.
Facilities and services

21 Jul 2017

(Average rating 4.8 based on 20 rating)

Saya mencadangkan UTHM menyediakan satu billboard elktronik yg bersaiz besar untuk mengiklankan apa apa seminar, program, aktiviti pelajar, atau apa apa event utama universiti. Ini memudahkan dan menjimatkan kos utk pengiklanan. Hampir semua universiti sudah menggunakan kaedah ini. Jimat dan tidak membazir banner atau banting. Boleh ulang tayang 4999 kali tanpa tanpa rosak.
Facilities and services

20 Jul 2017

(Average rating 3.1 based on 9 rating)

I think it is good if we can have close monitoring among the researchers in FGCORCOE. It could be possible to have the monitoring session in every 3 months per year. To realize this, we must have a robust and friendly system to ensure that researchers can accommodate it without taking much their time and efforts. TQ
Research

(Average rating 4.8 based on 10 rating)

untuk memudahkan staf dr parit raja bekerja di pagoh. saya cadangkan, waktu anjal di laksanakan di kampus pagoh. ini bermakna, staf yg masuk pukul 8pagi akan pulang pada pukul 5ptg. manakala, staf yg masuk pukul 8:30pagi akan pulang pada pukul 5:30ptg. ini dapat menyelesaikan masalah staf yang ingat menghantar anak2 ke sekolah sebelum pergi bekerja.
General

(Average rating 4.0 based on 4 rating)

1. Mengenalpasti dan menjemput industri dalam semua kluster untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi. 2. Mengenalpasti penyelidik untuk menyediakan proposal ringkas untuk dibentangkan bersama pihak industri untuk mencapai kata sepakat yang positif. 3. Pihak industri dan pihak UTHM perlu memberikan komitmen berbentuk dana, fasiliti dan tenaga kerja yang dipersetujui bersama agar masalah yang dikemukakan oleh pihak industri itu mampu diselesaikan dengan jayanya. 4. Meneruskan hubungan baik dan kerjasama untuk masalah-masalah baharu yang lain.
Research

(Average rating 3.5 based on 2 rating)

Penganjuran forum ilmiah oleh para pelajar sama ada dalam BM @ BI untuk menggilap keyakinan pelajar dalam memberikan pandangan dan berkongsi idea dll.
Student life

(Average rating 0 based on 0 rating)

Cadangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan pemantapan kemahiran insaniah pelajar secara berstruktur dengan modul dan pendekatan yang sangat bersistematik dan boleh dinilai keberkesanannya. Antara masalah utama kebanyakan pelajar adalah kebersediaan mereka untuk bekerja dalam organisasi profesional yang sesuai dengan bidang mereka.
Student life

(Average rating 4.7 based on 19 rating)

ASsalamualaikum Dicadangkan UTHM ada satu shj baju koporat rasmi - warna n rekabentuk. Ianya melambangkan satu hati n satu matlamat staf UTHM.
Facilities and services

(Average rating 4.5 based on 8 rating)

Assalamualaikum Sediakan parking berbumbung berhapiran post oengawal pintu utama. Ini memudahkan pengunjung utk berurusan pas masuk ke ithm
Facilities and services

About

House of Ideas is a platform established by the Research Management Centre (RMC) of UTHM, for sharing ideas about living and working on campus sustainably. Get involved!

Developed by Pusat Teknologi Maklumat.

Social Links

Contact

Research Management Centre
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email: