Saya mencadangkan, pihak universiti mewujudkan sebuah koperasi untuk menjual buku-buku terbitan UTHM untuk setiap fakulti dan kursus, serta menjual baju bengkel setiap fakulti. Ini akan mempermudahkan para pelajar membeli buku serta baju bengkel tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Sekarang ni pensyarah kena jual buku, pelajar pula kena menguruskan hal tempahan baju bengkel. Siap kena promote di kolej kediaman lagi. Bukankah menyusahkan pelbagai pihak? Pada pendapat saya, pensyarah dan pelajar tidak sepatutnya membuat urusan jual beli. Lagipun sementara menunggu buku yang di tempah itu sedia, pelajar juga menghadapi kesukaran belajar. Baju bengkel pula kalau hilang atau koyak, kena tunggu sampai next sem baru boleh tempah baru ke ? Itu tidak logik bagi saya. Pelajar yang dah beli pun kalau lambat claim baju, mereka tidak tahu nak rujuk siapa sebab takda kedai. Jadi, dengan wujudnya sebuah koperasi universiti, masalah ini tidak akan timbul lagi dan akan mempermudahkan pelajar serta pelbagai pihak. Di sekolah pun ada koperasi mengapa tidak universiti kita ? Saya harap sangat pihak universiti mempertimbangkan idea ini. Terima kasih.