Idea → Kembalikan sukan antara fakulti iaitu SAF.

07 Mar 2019

(Average rating 3.7 based on 6 rating)

Saya sebagai salah sorang wakil bola sepak uthm ingin meminta untuk kembalikan sukan antara fakulti. Kerana SAF lebih menarik berbanding dengan SUKOL dan lebih berprestij. Seperti kita dapat lihat SUKOL yang lepas tidak ramai pelajar yang mengikut serta kerana tidak mempunyai sukan yang banyak dipertandingkan. Seperti sukan bola sepak yang dijalankan menggunakan format 7 sebelah yang tidak mendatangkan suasana yang meriah bagi sukan bola sepak padahal bermain di stadium. Sepatutnya sukan bola sepak dapat menarik pelajar lain untuk memeriahkan lagi suasana sebagai penyokong. Jika tetap mahu membubarkan SAF, saya harap pengurusan dapat mancari jalan lain untuk memeriahkan sukan bola sepak di UTHM. Contohnya membuat liga bola sepak antara fakulti, dan perlawanan akan berlangsung pada hari minggu sahaja. Cara ini dapat memeriahkan suasana di UTHM pada hari minggu dan dapat memberikan platform kepada pelajar untuk menunjukkan bakat yang sedia ada dan cara ini juga dapat memberikan pemain bola sepak UTHM yang sedia ada untuk dijadikan latihan dan mengasahkan lagi kemahiran dalam bidang bola sepak. Sekian itu sahaja idea saya, saya harap pihak pengurusan dapat pertimbangkan idea saya ini. Terima kasih.
General
← Back

About

House of Ideas is a platform established by the Research Management Centre (RMC) of UTHM, for sharing ideas about living and working on campus sustainably. Get involved!

Developed by Pusat Teknologi Maklumat.

Social Links

Contact

Research Management Centre
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email: