A PHP Error was encountered

Severity: 8192

Message: Methods with the same name as their class will not be constructors in a future version of PHP; Ldap has a deprecated constructor

Filename: libraries/Ldap.php

Line Number: 13

Backtrace:

File: /home/ideas/public_html/application/models/Mldap.php
Line: 8
Function: library

File: /home/ideas/public_html/application/core/MY_Controller.php
Line: 7
Function: __construct

File: /home/ideas/public_html/application/controllers/Idea.php
Line: 8
Function: __construct

File: /home/ideas/public_html/index.php
Line: 315
Function: require_once

Popular ideas | IDEAS - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Popular ideas.

19 Aug 2018

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Dipohon supaya UTHM dapat menanggung kadar yuran dan bayaran elaun kepada kakitangan yg menyertai pertandingan kreativiti dan inovasi yg setaraf dengannya. Kerana sehingga kini segala perbelanjaan dalam penyertaan tersebut (elaun harian, hotel penginapan, kos membawa pelajar pelajar yg terlibat dan pengangkutan, makan/minum pelajar, poster dan printing serta lain-lain yg berkaitan) telah ditanggung oleh staf yg menyertainya sedangkan pertandingan tersebut juga diambilkira utk dinilai dlm prestasi akhir tahun dan layak menyertai anugerah inovasi dan sebagainya.
Research

19 Aug 2018

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Perlu ada kelab tersebut untuk mengurus khususnya dikalangan pelajar: - mengurus pasangan pelajar yg sedang dilamun cinta - mencadangkan kaedah perhubungan yg lebih terkawal dan berdisiplin semasa alam belajar - menyediakan platform yg lebih teratur bagi mencapai matlamat terakhir
Student life

31 Jul 2017

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Fokus Kajian Multisiplin yang mampu di sertai seberapa ramai penyelidik UTHM. Contohnya; Kajian Multidisiplin Bencana GPS, alat mudah alih keselamatan, alat pengukuran, bateri, keenderaan pelbagai guna. system khemah automatic, system khemah solar sell, kajian kesediaan pegawai penyelamat dari segi kebolehan dan kecekapan, dsbgnya. Satu focus kajian namun disertai pelbagai bidang, dari social sains hinggalah kejuruteraan.
Research

01 Aug 2017

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Diharap pihak Universiti melihat keperluan untuk menyediakan fasiliti inkubator bagi bakal-bakal syarikat yang ingin memasarkan hasil research/inovasi ke peringkat komersil. Pusat ini akan terbuka kepada bekas-bekas pelajar dan juga staf universiti yang memiliki idea/produk yang boleh dipasarkan. Bimbingan dan coaching dapat diuruskan dengan lebih berkesan di pusat ini. Terdapat banyak kesan positif dari pelbagai aspek antaranya dapat menyumbang kepada pendapatan universiti, dapat meningkatkan GE melalui peluang pekerjaan, dapat melatih pelajar semasa melalui skim bekerja sambil belajar dan pensyarah dapat mengaplikasi teori dalam dunia sebenar disamping meningkatkan kefahaman dan pengembangan ilmu.
Commercialization

13 Nov 2017

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Mesin kehadiran ACS sering didapati tidak berfungsi. Ini menyebabkan masa yang terbuang akibat staf terpaksa mencari mesin kehadiran yang lain untuk tujuan mengambil kehadiran. Saya ingin mencadangkan supaya satu sistem pengambilan kehadiran dibina melalui TCIS. Sistem boleh dibuat dengan mengambil kira lokasi di mana TCIS diakses. Hanya akses melalui rangkaian dalam kampus dibenarkan untuk mengesahkan kehadiran. Dengan ini, staf tidak lagi perlu beratur di mesin kehadiran apabila hadir ke pejabat, cukup dengan berada di mana-mana komputer dalam kampus. TQ
Facilities and services

02 Oct 2017

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

1. Set wifi at the cafeteria in hostel 2. Build a parking lot for student in campus 3. Allow student to bring the vehicle into campus
Student life

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Pls feel free to give your idea on RnI
Strategic Planning

19 Aug 2018

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Masa adalah amat penting untuk diurus bagi setiap kakitangan dan pelajar warga UTHM. Dicadangkan setiap bangunan di PTJ masing-masing dipasang jam yg bersaiz agak besar yang mudah dilihat oleh semua orang agar sentiasa menhargai dan mengurus masa dengan betul. Dengan ini konsep menepati masa boleh dipraktiskan secara amali dan berkesan.
Facilities and services

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

UTHM perlu memohon pihak yang bertanggungjawab utk membuat papan tanda arah ke UTHM di sekitar Parit Raja. Tiada papan tanda arah (walaupun di lampu trafik di depan pintu masuk utama UTHM) yang menunjukkan pemandu perlu ke kanan atau kiri untuk ke UTHM. Saya hanya menyampaikan idea pengunjung UTHM yang pertama kali ke universiti ini. Ramai daripada mereka perlu melakukan pusingan U kerana tersalah lorong di lampu trafik di hadapan pintu masuk utama UTHM.
Human Resources

01 Mar 2019

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Saya mencadangkan, pihak universiti mewujudkan sebuah koperasi untuk menjual buku-buku terbitan UTHM untuk setiap fakulti dan kursus, serta menjual baju bengkel setiap fakulti. Ini akan mempermudahkan para pelajar membeli buku serta baju bengkel tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Sekarang ni pensyarah kena jual buku, pelajar pula kena menguruskan hal tempahan baju bengkel. Siap kena promote di kolej kediaman lagi. Bukankah menyusahkan pelbagai pihak? Pada pendapat saya, pensyarah dan pelajar tidak sepatutnya membuat urusan jual beli. Lagipun sementara menunggu buku yang di tempah itu sedia, pelajar juga menghadapi kesukaran belajar. Baju bengkel pula kalau hilang atau koyak, kena tunggu sampai next sem baru boleh tempah baru ke ? Itu tidak logik bagi saya. Pelajar yang dah beli pun kalau lambat claim baju, mereka tidak tahu nak rujuk siapa sebab takda kedai. Jadi, dengan wujudnya sebuah koperasi universiti, masalah ini tidak akan timbul lagi dan akan mempermudahkan pelajar serta pelbagai pihak. Di sekolah pun ada koperasi mengapa tidak universiti kita ? Saya harap sangat pihak universiti mempertimbangkan idea ini. Terima kasih.
General

07 Mar 2019

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Merujuk perkara di atas, saya sebagai seorang Atlet di UTHM ingin melahirkan rasa ketidak puas hatian di atas oenghapusan SAF. Ini kerana SAF banyak membantu pelajar meredakan stress belajar. SAF juga berperanan tinggi dalan merapatkan hubungan antara pelajar dan fakulti. Selain itu SAF turut dapat menggilap bakat pelajar yang sebelum ini tidak diketahui oleh pasukan sukan. Dengan adanya SAF, pencarian bakat baru atau lebih dikenali pelapis di dalam satu satu pasukan sukan di universiti adalah lebih senang dan mudah. Di harap SUKOL dapat dibatalkan dan ditukar kembali kepada SAF. Demi kesejahteraan dan kebahagiaan sejagat. Kembalikan SAF!! Hapuskan SUKOL! Kami mahu SAF???????? Terimakasih. Mohon rujukan pihak tuan????
General

19 Aug 2018

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Meletakkan sepanduk atau papan tanda di hadapan UTHM yg menunjukkan senarai kerjasama MoU bersama universiti dan industri. Dengan ini, masyarakat luar dapat menilai tentang jaringan antarabangsa yg telah dimeterai bersama universiti dan industri luar.
Human Resources

07 Mar 2019

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Saya sebagai salah sorang wakil bola sepak uthm ingin meminta untuk kembalikan sukan antara fakulti. Kerana SAF lebih menarik berbanding dengan SUKOL dan lebih berprestij. Seperti kita dapat lihat SUKOL yang lepas tidak ramai pelajar yang mengikut serta kerana tidak mempunyai sukan yang banyak dipertandingkan. Seperti sukan bola sepak yang dijalankan menggunakan format 7 sebelah yang tidak mendatangkan suasana yang meriah bagi sukan bola sepak padahal bermain di stadium. Sepatutnya sukan bola sepak dapat menarik pelajar lain untuk memeriahkan lagi suasana sebagai penyokong. Jika tetap mahu membubarkan SAF, saya harap pengurusan dapat mancari jalan lain untuk memeriahkan sukan bola sepak di UTHM. Contohnya membuat liga bola sepak antara fakulti, dan perlawanan akan berlangsung pada hari minggu sahaja. Cara ini dapat memeriahkan suasana di UTHM pada hari minggu dan dapat memberikan platform kepada pelajar untuk menunjukkan bakat yang sedia ada dan cara ini juga dapat memberikan pemain bola sepak UTHM yang sedia ada untuk dijadikan latihan dan mengasahkan lagi kemahiran dalam bidang bola sepak. Sekian itu sahaja idea saya, saya harap pihak pengurusan dapat pertimbangkan idea saya ini. Terima kasih.
General

07 Mar 2019

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Firstly, student lacks of understanding due to less activities that really on our course. For example, during our diploma times. Every semester faculty will do some activities that can enhance our skills such as build & break, site visit, seminar to SMART TUNNEL, Poly homes (we built a house) & others. Its really useful to have that kind of activies.
Academics

21 Nov 2018

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Dicadangkan "supervision fee" dari yuran pelajar pasca siswazah diwujudkan, mungkin dalam lingkungan 10-20% setiap semester. Kewujudan "supervision fee" adalah penting bagi mengalakkan pensyarah mencari pelajar pasca-siswazah dan juga dan merupakan satu penghargaan kepada komitmen pensyarah tersebut. Pensyarah kadang-kadang perlu meluangkan "banyak masa" bagi mendidik penyelidik baru (pelajar baru), malahan ada juga pensyarah yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bari membiayai pelajar ke perlbagai kursus/latihan. "Supervision fee" ini bukan perkara baru di Malaysia, contohnya UM telah mempraktiskan konsep ini untuk memupuk semagat pensyarah agar aktif dalam penyelidikan. Diharapkan pihak pengurusan universiti dapat memperincikan perkara ini memandangkan peruntukan untuk penyelidikan juga semakin berkurangan.
Research

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

I strongly disagreed with the new decision by bursary to limit the direct purchase to only items bought through the on-line . There are some items are needed instantly and they will be faster to buy directly from suppliers/sellers. With the work pace of bursary to issue the LO and process the claim, this will worsen the process of procurement for research applications and definetely it will become a main hurdle to researchers to progress rapidly in research involved. To progress research faster and at high impact , there must be a support from the university's eco-system. All the supporting parties must take part and play an active role to support the researchers not to demotivate them. "If I have seen further... it is by standing upon the shoulders of giants".
Research

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Allow for more than one device to be purchased, as long as within the loan limit. For example, smartphones. They are used for work, entertainment and to connect to loved ones. Since not everybody have the means to buy by them by cash, it is most preferable if staff could buy more than one device; one for his/her personal use, the other to be given to his/her spouse/parents.
General

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

Cadangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan pemantapan kemahiran insaniah pelajar secara berstruktur dengan modul dan pendekatan yang sangat bersistematik dan boleh dinilai keberkesanannya. Antara masalah utama kebanyakan pelajar adalah kebersediaan mereka untuk bekerja dalam organisasi profesional yang sesuai dengan bidang mereka.
Student life

20 Jul 2017

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

I think it is good if we can have close monitoring among the researchers in FGCORCOE. It could be possible to have the monitoring session in every 3 months per year. To realize this, we must have a robust and friendly system to ensure that researchers can accommodate it without taking much their time and efforts. TQ
Research

(Average rating 2.6 based on 10 rating)

untuk memudahkan staf dr parit raja bekerja di pagoh. saya cadangkan, waktu anjal di laksanakan di kampus pagoh. ini bermakna, staf yg masuk pukul 8pagi akan pulang pada pukul 5ptg. manakala, staf yg masuk pukul 8:30pagi akan pulang pada pukul 5:30ptg. ini dapat menyelesaikan masalah staf yang ingat menghantar anak2 ke sekolah sebelum pergi bekerja.
General

About

House of Ideas is a platform established by the Research Management Centre (RMC) of UTHM, for sharing ideas about living and working on campus sustainably. Get involved!

Developed by Pusat Teknologi Maklumat.

Social Links

Contact

Research Management Centre
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email: