Idea → Campus Shutdown.

05 Sep 2017

(Average rating 4.3 based on 7 rating)

Saya mencadangkan agar konsep 'Campus Shutdown' diperkenalkan. Melalui kaedah ini, UTHM akan mengenal pasti beberapa hari bekerja yang mempunyai kadar kehadiran staf yang rendah disebabkan oleh cuti panjang atau cuti perayaan. Sebagai contoh, hari sebelum cuti hari raya aidilfitri yang mana majoriti staf telah mula bercuti boleh dijadikan sebagai hari cuti wajib bagi kesemua staf (kecuali yg benar-benar perlu seperti unit keselamatan). Cuti ini boleh ditolak dari cuti tahunan staf. Ini boleh menjimatkan penggunaan tenaga terutama ketika cuti perayaan. Bayangkan sebuah bangunan yang besar, yang datang kerja hanya 1 orang dan semua kemudahan seperti air-cond terpaksa dihidupkan untuk pekerja ini sahaja. Itu belum termasuk produktiviti yang rendah kerana tiada staf lain di pejabat pada ketika itu.
Human Resources
← Back

About

House of Ideas is a platform established by the Research Management Centre (RMC) of UTHM, for sharing ideas about living and working on campus sustainably. Get involved!

Developed by Pusat Teknologi Maklumat.

Social Links

Contact

Research Management Centre
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607-453 8397/8398/8498/8401
Fax: +607-453 8399
Email: